Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Jom! Iktirafkan Kemahiran Anda melalui Program PPT – Sijil Kemahiran Malaysia!

#BioeconomyCorporation telah dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) sebagai Industry Lead Body (ILB) bagi memacu pembangunan kemahiran di dalam bidang bioteknologi melalui pelbagai program pensijilan JPK termasuk Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) – Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Terbuka kepada semua warga Malaysia yang mempunyai:
– Kelayakan SPM / STPM / Diploma / Sarjana Muda / PHD / Post Doc
– Pengalaman bekerja lebih daripada 1 tahun (teknikal / pengurusan) dalam bidang-bidang seperti berikut:
• herbal extraction / processing technology
• biotechnology laboratory instrumentation
• biotechnology laboratory & facilities management
• analytical laboratory management
• bioinformatics
• bioprocess production
• agriculture biotechnology
• dan bidang lain berkaitan dengan teknologi

Soalan Lazim mengenai Program PPT:

a. Apakah Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)?
– Program PPT adalah pengiktirafan profesional dan rasmi dari kerajaan bagi kepakaran dan kemahiran berdasarkan pengalaman bekerja terdahulu berdasarkan National Occupational Skills Standard (NOSS) yang telah dibangunkan oleh pihak JPK dengan pakar dalam bidang teknikal dan pengurusan https://www.dsd.gov.my/jpkv4/images/perkhidmatan/NOSS/senarai%20noss%20kajisemula%20%20jumud.pdf

b. Adakah program ini tersebut untuk pegawai sahaja ataupun staf sokongan juga boleh ikut serta?
– Program ini terbuka kepada semua pegawai dan staf sokongan yang mempunyai pengalaman bekerja lebih 1 tahun ke atas dalam bidang (teknikal / pengurusan)
– Pensijilan SKM ini terdiri daripada SKM Tahap 1 (1 tahun pengalaman bekerja) sehinggalah SKM Tahap 5 (lebih 7 tahun bekerja) dalam bidang yang ditetapkan oleh NOSS.

c. Apakah kelebihan menyertai program PPT ini?
– ‘Status Upgrade’ bagi peserta yang mempunyai kepakaran mendapat pengiktirafan rasmi SKM tanpa perlu melalui latihan.
– Bagi organisasi, ianya akan meningkatkan ‘visibility’ organisasi yang mempunyai ramai tenaga kerja yang mempunyai SKM mencerminkan produktiviti dan efisiensi sesebuah organisasi
– Bagi peserta yang mempunyai tahap pengalaman yang tinggi, JPK juga memerlukan lebih ramai Pegawai Penilai (PP) – ‘Panel of Expert’ bagi bidang-bidang teknikal di bawah NOSS bioteknologi. Salah satu syarat adalah untuk mempunyai SKM berdasarkan tahap dan bidang kepakaran PP tersebut.

JPK 1

Ingin tahu lebih lanjut? Daftar segera untuk Sesi Taklimat yang akan diadakan bersama dengan JPK pada 11 dan 13 Ogos 2020 di sini https://form.jotform.com/BiotechCorp/PPT

Sila KLIK DI SINI untuk aturcara program.

Pendaftaran adalah PERCUMA (termasuk makan dan minum). Jangan lepaskan peluang ini!

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Puan Christabel (019-6630107)
Puan Nur Azlinda (019-2605827)

/ Events and Happenings